Ini catatan versi tertunda. Lama sungguh tertundanya. Sampai nak dekat setahun berkhidmat baru nak post.
Bertepatan dengan nama blog ni, jauh benar perjalanan yang dilalui.
Yan-Sri Kembangan- Kuching-Bintulu-Belaga-Long Amo
Bermula Dari 27 Januari 2015-4 Februari 2015 (sampai masuk rumah sewa)
Mengajar di SK Abun Matu, Jalan Baleng Abun, Belaga, Sarawak.
Masa isi posting ni, isi lepas balik dari menunaikan umrah, dan dekat sangat dengan tarikh tutup permohonan. Tapi, kerana telah ditulis dalam kitab ketetapan [ditambah dengan doa adik beradik :)], di sinilah nanti, bila aku bersara kelak akan tercatat di baris pertama:
Sejarah perkhidmatan
1. SK Abun Matu (2015-_____ )
"Posting pertama ni macam cinta pertama, akan dikenang sampai mati" ~ Encik Denis dalam ucapan beliau kepada guru guru yang merupakan produk IPG.